Thursday, June 02, 2011

ANAK


Di satu kawasan tanah gersang, di bawah terik mentari, beberapa insan kelihatan mengendong anak. Namun, seorang wanita meratapi kematian anaknya yang baru saja dikebumikan. Apa yang berlaku menimbulkan pelbagai persoalan di kotak fikiran. Apakah yang sebenar terjadi kepada anak itu. Lebih menghairankan, tiada sebarang tumbuhan seperti pokok kelihatan di sekitar bandar raya. Apakah situasi ini adalah gambaran masa depan dunia menuju kemusnahan akibat pembangunan pesat?



Segala apa yang berlaku menjadi plot yang ingin disampaikan menerusi filem pendek ANAK, arahan Martias Mohd Ali iaitu bapak saye hehe dan terbitan oleh En Amru Najmi dari syarikat Two Tones Sdn Bhd. Berbeza di dunia realiti, karya papak saya kali ini secara simbolik menggambarkan kemusnahan alam sekitar merujuk kepada isu pemanasan global. isu yang ingin diketengahkan membawa mesej penting setiap anggota masyarakat perlu menjaga alam sekitar. Menyampaikan isu global ini pada penonton, anak dijadikan subjek yang sebenarnya adalah pokok. Mungkin ada yang terpinga pinga dan tak faham apa yg saye maksudkan.. Kalau nak lebih fahami tontonlah filem pendek ini yerr =)


Ade komen tak?? best tak???

Award pertama untuk ANAK. Golden Halo Award, Script International Film Festival 2011 Kerala India. Bangganye akan papa saye

Sape-sape nak likee page ayahande kat facebook, klik SINI.

No comments: