Thursday, May 31, 2012

SURPRISE @ SUPER SPONTAN FINAL 2012




Safee Sali, Aidil Zafuan Buat Kejutan

Safee Sali, penonton setia Super Spontan bakal buat surprise kat Super Spontan Final malam esok.
Tp Safee Sali bukan pegi sorang-sorang pon... Safee turut ditemani sorang lagi rakan seperjuangannya yang handsome, Aidil Zafuan. Tak silap, mungkin depa akan bermain menerusi permainan Skrip Rabak yang sebelum ini pernah dimainkan oleh Pelakon Lelaki Popular ABPBH 2012, Fizz Fairuz. Eqal pon tak pasti lagi sama ada depa dapat menghadiri Super Spontan ke dak pasai depa akan terlibat dengan perlawanan bola sepaka antara Malaysia lwn Filipina pada hari dan waktu yang sama Super Spontan final ditayangkan. Kalau betul depa mai, mesti final Super Spontan mesti hangat pasai depa pemain bola sepak ini saaangat popular. Eqal yakin kalau depa dapat menghangatkan lagi Super Spontan, Insyallah Super Spontan punye rating mesti melonjak naik. 


Sorang lagi penonton setia Super Spontan iaitu Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apex, penjaga gol kebangsaan ini dah memang tak dapat datang dengan Safee dan Aidil sbab nak fokus dengan match yang penting. Apa-apapun, Apex tetap support Super Spontan.

"Inilah pengorbanan. Jika peserta SS berjuang untuk merebut gelaran juara SS pada hari itu, saya bersama rakan sepasukan yang lain pula harus bertarung demi negara untuk menentang Filipina pada hari yang sama.
"Bagaimanapun, saya tetap menyokong SS dan merasakan dari enam finalis yang ada, Johan merupakan calon yang paling layak bergelar juara sekaligus menerima sebuah kereta Toyota Camry dan wang tunai berjumlah RM100,000.
"Saya menilainya bukan dari segi populariti Johan semata-mata tetapi apa yang saya lihat, dari minggu ke minggu, prestasi Johan semakin bagus.
"Agak sukar untuk dia ditandingi peserta lain. Saingan terdekat Johan pun sudah pasti Zizan dan Tauke,"
"Sungguhpun saya yakin mengatakan Johan boleh merangkul juara, tetapi jangan ambil ringan dengan tahap bakat dan populariti peserta lain. Lebih-lebih lagi, Zizan, Tauke dan Suhaimi Yusof.
"Saya harap apa yang saya kongsikan ini tidak mengundang spekulasi bahawa saya seorang yang pilih bulu.
"Sekali lagi saya tekankan, penilaian saya ini dibuat disebabkan saya tidak pernah terlepas menonton SS baik siaran langsung atau pun siaran ulangan.
"Saya yakin, jika anda berada ditempat saya, anda juga boleh menyatakan pandangan yang sama.
"Apa yang penting, saya doakan agar semua finalis dapat mencerminkan prestasi yang gemilang kerana bukan mudah untuk mara ke final.
"Tidak kisahlah siapa yang menang kerana keputusan bergantung pada penonton SS,"
"Mengapa perlu direhatkan jika program berkenaan memberikan impak yang positif.
"Saya bersetuju seandainya SS di sambung untuk musim seterus.
"Mungkin jika ada, SS boleh buka penyertaan kepada individu dikenali seperti atlet sukan, penyampai berita, penerbit program, wartawan hiburan atau sesiapa saja yang berani menyahut cabaran SS.
"Jika tawaran itu datang kepada saya, mungkin saya akan menyertainya.
"Namun, apa yang boleh saya katakan, saya masih belum bersedia menyertai program hiburan kerana merasakan lebih baik memfokuskan diri dalam bidang sukan bola sepak yang menjadi periuk nasi saya.
"Apapun, masa menentukan segalanya. Sebagai hamba Allah, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.
"Apa yang penting, SS memang syok untuk ditonton,"- Apex


Eqal pon rasa Super Spontan patut menang kat Johan atau Zizan. Eqal dah tak sabaq nak tengok final Super Spontan dengan kehadiran Safee dan Aidil... Peace Yall

No comments: