Sunday, October 25, 2015

AISKRIM PULUT

Salah satu viral yang menarik perhatian Qal ialah yang diviralkan oleh group FB yang terkenal iaitu SUKAN STAR TV iaitu sebuah gambar tentang seorang Pakcik yang menjual Aiskrim Pulut. Cerita dan gambar ini telah dikirim oleh encik Syafin Johanis kepada pihak admin Sukan Star TV.



gambar kredit kepada pengirim En Syafin Johanis & Sukan Star TV


Difahamkan bahawa Pakcik ni meniaga Aiskrim Pulutnya sehingga jam satu pagi. Dan lokasi perniagaan Pakcik ni di area Damansara Damai. Pakcik ni dikatakan tinggal di blok Idaman.

Post ini mendapat ratusan like dan komen dari pengguna FB. Dan ada antara mereka yang pergi mencuba Aiskrim Pulut Pakcik ini setelah membaca post dari Sukan Star TV ni. Dan memang mendapat komen yang sangat positif. Ramai yang kata memang sedap dan berbaloi pegi jauh untuk merasa aiskrim pulut pakcik ni..

gambar kredit kepada pengirim En Syafin Johanis & Sukan Star TV

Difahamkan bahawa Pakcik ni meniaga untuk menampung kos pelajaran anaknya yang sedang belajar agama di Indonesia. Haaaa mengetahui nawaitu pakcik ini membuatkan cerita cerita seperti ini la yang bagus untuk diviralkan.. Dengan tujuan membantu.. Dan dengan sebab itu juga Qal nak kongsikan perkara ini di blog Haiqal. Manalah tahu dapat membantu perniagaan Pakcik ini walaupun sedikit jadilaaa...

En Syafin Johanis bukan sahaja mengirim gambar dan cerita kepada pihak Sukan Star TV tetapi turut memberikan nombor telefon Pakcik ini untuk dihubungi. Difahamkan Pakcik ini juga mengambil tempahan untuk majlis kenduri dan lain lain. Jadi kepada sesiapa yang ingin mencari Pakcik ini dengan tujuan untuk membeli atau membuat tempahan Aiskrim Pulut Istimewaa pakcik ni bolehlah hubungi beliau di no 0166183419.  

gambar kredit kepada pengirim En Syafin Johanis & Sukan Star TV

Kami doakan semoga perniagaan Pakcik ini semakin maju dan semoga mendapat rezeki demi menampung pembelajaran anak di luar negara Insyaa Allah..

No comments: