Thursday, October 22, 2015

QARIN

as salam duhai teman.. Mungkin ada yang tahu dan pasti ada yang tak tahu bahawa pekerjaan mama saya, Adza Irdawati sebenarnya adalah seorang penulis skrip drama.. Hampir 20 tahun mama berkecimpung dalam bidang penulisan dan hampir 70 buah drama telah mama hasilkan skripnya dan yang telaah ditayangkan di kaca TV.. Mama menulis banyak genre skrip namun yang paling mama suka tulis adalah drama bengenre komedi dan SERAMMMM..

Dan antara drama seram yang mama hasilkan ialah sebuah drama bertajuk QARIN.. Dan hari ini Qal nak beritahu bahawa drama bersiri bertajuk QARIN hasil skrip Mak saya bersama makcik saya,  Adza Nasyaemie  yang ditayangkan di RTM 1 setiap hari Jumaat jam 10:00 pagi.. 

Drama ini juga adalah idea asal oleh arwah Papa saya, Martias Ali.. sebenarnya drama Qarin ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh teman kami kepada kami beberapa tahun yang lalu.. dari situ mama dan papa dapat idea untuk mengadaptasikan kisah mereka ke drama..

Jadi pada anda yang free free tu bolehlah menonton drama bersiri QARIN setiap JUMAAT jam 10 pagi ya.. Selamat menonton semuaaaa...


No comments: