Tuesday, October 13, 2015

#SPM2015 - TEMA UMUM SEJARAH KERTAS 3 (1249/3)

Berikut adalah tema umum bagi Sejarah Kertas 3 (1249/3) menjelang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini (2015).



SULIT                                                             1                                               1249/3
LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015                    1249/3
SEJARAH
Kertas 3
Tema Umum
Nov./Dis.
_________________________________________________________________________
1.         Kertas soalan ini mengandungi satu Tema Umum.
2.         Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum tersebut dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan.
3.         Kertas soalan ini mestilah diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan.
_________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak.
[Lihat halaman sebelah
1249/3  © 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                                                                SULIT 
_________________________________________________________________________

SULIT                                                        2                                                     1249/3
ARAHAN KEPADA GURU
1.         Guru hendaklah memastikan Tema Umum diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan.
2.         Guru hendaklah menerangkan kepada calon tentang Tema Umum supaya calon membuat persediaan untuk menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3 yang akan diberikan pada hari peperiksaan.
3.         Guru dibenarkan untuk membimbing calon dalam penyediaan dan pemilihan bahan rujukan sebelum hari peperiksaan.
4.         Guru hendaklah menasihati calon memilih bahan rujukan yang sesuai dan mengenal pasti kedudukan setiap maklumat di dalam sumber supaya tidak membuang masa untuk mencari maklumat pada hari peperiksaan.
5.         Guru dilarang sama sekali menyediakan jawapan kepada calon dalam apa-apa bentuk sekali pun.
6.         Guru hendaklah menasihati calon agar membuat salinan sumber maklumat berkaitan yang diperoleh daripada buku ilmiah, majalah dan surat khabar untuk menjimatkan ruang di atas meja pada hari peperiksaan.
ARAHAN KEPADA CALON
1.         Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan.
2.         Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan.
3.         Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan Tema Umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3.
4.         Calon boleh mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.
5.         Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan/bilik peperiksaan.
6.         Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti elektronik ke dalam dewan/bilik peperiksaan.
7.         Calon dinasihatkan supaya penggunaan bahan rujukan semasa peperiksaan tidak mengganggu calon lain.
1249/3  © 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                                                                SULIT
_________________________________________________________________________

SULIT                                                        3                                                     1249/3


Tema Umum : Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua.
Nasionalisme di Malaysia berakar umbi daripada gerakan penentangan pemimpin tempatan terhadap campur tangan British dalam urusan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
KERTAS SOALAN TAMAT
[Lihat halaman sebelah

1249/3  © 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                                                                SULIT

No comments: